Sabtu, 19 Oktober 2013

Tun Dr. Mahathir Mohammad


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....
Kali ini saya akan menceritakan tentang keistimewaan Tun Dr Mahathir, Mantan Perdana Menteri Malaysia.



    Tun Dr. Mahathir Mohammad atau dikenali sebagai "Dr. M" telah dilahirkan pada 10 Julai 1925. Beliau merupakan Perdana Menteri Malaysia ke-4. Beliau cukup disegani di seluruh dunia kerana keprihatinannya dan   berusaha mengangkat Malaysia ke pentas dunia sebagai salah sebuah negara yang berdaya maju di Asia Tenggara sehingga pernah dinamakan sebagai salah sebuah negara 'Harimau Ekonomi Asia'. Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981sehingga 31 Oktober 2003, beliau berjaya membawa pembangunan melalui dasar-dasar dan perancangan yang diilhamkan dari kejayaan negara-negara luar. Beliau telah berkhidmat untuk Malaysia selama 22 tahun. Dibawah ini adalah kata-kata pemimpin dunia yang telah memuji sikap Dr. M membawa Malaysia ke pentas dunia...


"Akhirnya saya mempunyai hubungan yang baik dengan Dr. Mahathir dan mengagumi dan menghormati beliau. Beliau adalah seorang yang tegas, bijak dan praktikal"
Margaret Thatcher – Bekas Perdana Menteri Britain dalam Biografinya betajuk ‘The Downing Street Years’, hlm. 502-

 “Saya amat kagum dengan kepimpinan Dr. Mahathir dan saya kagum dengan pencapaian negaranya yang sukar dipercayai di bawah kepimpinan beliau sejak beberapa tahun yang lepas”-
Bill Clinton – Bekas Presiden Amerika, kata-kata beliau kepada wartawan di Washington selepas pertemuan dengan Dr. Mahathir yang dirancang 45 minit berakhir menjadi 1 jam 20 minit-


“Malaysia di bawah pimpinan Dr. Mahathir bukan sekadar kawan kepada Afrika Selatan tetapi kawan yang telah diuji walaupun dalam keadaan yang sukar. Malaysia ialah pembebas bumi ini dari aparteid. Kerana itu, Malaysia senantiasa di hati kami. Kami mahu Malaysia bukan sahaja menjadi rakan dagangan utama Afrika Selatan di benua Afrika tetapi juga rakan dagangan terpenting di hemisfera selatan”

-Thabo Mbeki – Timbalan Presiden Afrika Selatan sewaktu mengalu-alukan kunjungan Dr. Mahathir ke negara itu pada Ogos 1995-


“Dibawah pimpinan Dr. Mahathir, Malaysia melalui pembangunan ekonomi yang sungguh menakjubkan tetapi pada waktu yang sama nilai-nilai tradisi dan rohani tetap dihormati yang mendorong kepada kestabilan politik. Di bawah pimpinan beliau pembangunan ekonomi serta kemajuan politik berjaya diletakkan pada asas yang kukuh”

-Allahyarhamah Benazir Bhutto – Bekas Perdana Menteri Pakistan, memberitahu wartawan MASSA, Sukhvinder Kaur dalam satu temu ramah eksklusif pada 8 Julai 1995 di Kuala Lumpur-


“Rakyat Negara ini (Malaysia) bertuah mempunyai pemimpin yang berwawasan seperti Dr. Mahathir Mohamad. Kebijaksanaan Dr. Mahathir sebagai pemimpin Islam telah mengagungkan kerajaan-kerajaan Islam di seluruh dunia termasuk kerajaan Amerika Syarikat”
-Shaykh Muhammad Hisham Kabbani – Pengerusi Majlis Tertinggi Islam Amerika sewaktu melawat Malaysia pada 12 Februari 2002-


Menara Petronas Kuala Lumpur, Malaysia

-KLCC berdiri megah di tengah ibu kota-
Nama
 Menara Berkembar Lumpur City Centre Kuala Petronas

Jenis 
bangunan

Status
Siap

Negara
Malaysia

Bandar
Kuala Lumpur

Alamat
Jalan Ampang

Fungsi bangunan
Pejabat

Bahan struktur
Keluli

Mula Pembinaan
1992

Siap
1998

Kedudukan Global
# 6 tertinggi di Dunia


Kedudukan Serantau
# 4 tertinggi di Asia (tidak termasuk Timur Tengah)

Negara Kedudukan
# 1 tertinggi di Malaysia

Kedudukan Bandar
# 1 tertinggi di Kuala Lumpur



Menara Berkembar Petronas setinggi 88 tingkat yang turut dikenali dengan nama KLCC merupakan menara berkembar tertinggi di dunia.

Diinspirasi dari bentuk geometri yang ditemui dalam senibina Islam, bangunan mega ini direka oleh arkitek berbangsa Argentina-Amerika, Cesar Pelli.



Terhampar di sebelah bangunan mega ini ialah taman cantik dan luas yang diberi nama Taman KLCC.

Tarikan lain di KLCC ialah Kompleks Beli-Belah Suria, Dewan Philharmonic Petronas, Petrosains, Galeri Seni Petronas dan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di mana terletaknya Aquaria Oceanarium.

KLCC telah pun dirasmikan oleh YAB. Tun Dr. Mahathir Mohammad, merangkap Perdana Menteri ke-4 pada tanggal 31 Ogos 1999 ianya pada Hari Kemerdekaan.


Resort World Genting Highland, Malaysia

-Hotel terbesar dunia, First World Plaza-
Lim Goh Tong merupakan pengasas kepada Genting Berhad yang bertanggungjawab dalam kerja-kerja penerokaan Gunung Ulu Kali menjadi sebuah pusat pelancongan yang dikenali sebagai Genting Highland sekarang.

Apa yang terdapat di Genting ialah, City of Entertainment, terletak di puncak yang tinggi, berangin dan sungguh menyejukkan. Salah satu tarikan utama di Genting Highlands ialah cuacanya yang sejuk dan nyaman. Disebabkan ketinggian 2,000m, warga Malaysia gemar datang ke sini semata-mata untuk menikmati cuaca seperti di Eropah.

Pada waktu petang, persembahan-persembahan hebat diadakan di Genting International Showroom atau Pavilion, sama ada pertunjukan silap mata atau pun persembahan luncur ais. Terdapat juga peluang untuk pergi membeli-belah di First World Plaza, termasuklah melawat taman tema serta menjamu selera di restoran-restoran yang terdapat di sini.

Di First World Plaza, terdapat taman tema indoor dan kompleks membeli-belah yang menyediakan pelbagai permainan menarik yang menghiburkan dan enam taman tema yang dinamakan sempena nama ibukota dan tempat terkenal di seluruh dunia antaranya ialah - France (Champs Elysees), England (London), Italy (Venice), America (Times Square and Universal Walk), Switzerland (Swiss Alps) dan Malaysia (Genting Walk).

Snow World pula menampilkan sebuah rumah kabin kayu, sebuah iglu, permainan luncur ais dan kawasan permainan yang bersalji. Keadaan di sini sangat sejuk, jadi jangan lupa untuk memakai pakaian yang lebih tebal. Kanak-kanak pasti sukakan Rainforest Splash Pool, di mana kolam diisi dengan air suam walaupun udara dan keadaan cuaca di sini agak sejuk.

Antara tarikan lain yang terdapat di sini termasuk Genting Sky Venture, satu-satunya simulator terjunan udara bebas yang terdapat di Asia, dan Genting X-pedition Wall, iaitu tembok panjat berbatu yang mengikut piawai antarabangsa dengan ketinggian 15 meter. Terdapat juga bowling, arked video, panggung wayang dan banyak lagi pilihan aktiviti yang menyeronokan.
Anda mungkin juga meminati salah satu tarikan yang paling popular iaitu kasino, merupakan satu-satunya di Malaysia.


Ahad, 6 Oktober 2013

Hari Kemerdekaan

Malam Merdeka


-Laungan "MERDEKA" sebanyak tujuh kali oleh Tunku Abdul Rahman-

Sebelum pemasyhuran kemerdekaan Tanah Melayu dibuat, pada 30 Ogos 1957 pukul 12.00 tengah malam di Padang Kelab Selangor, telah diadakan upacara menurunkan bendera Union Jack bagi menandakan berakhirnya penjajahan British di Tanah Melayu dan lahirnya sebuah negara baru yang berdaulat, setaraf dan setimpal dengan semua negara-negara yang berdaulat di dunia. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan oleh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sambil disaksikan sendiri oleh Tunku Abdul Rahman.

Pada 31 Ogos 1957 bertempat di stadium yang baru dirasmikan iaitu Stadium Merdeka, Kuala Lumpur telah menyaksikan peristiwa bersejarah bagi Tanah Melayu iaitu secara rasminya penyerahan pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu daripada pemerintahan British kepada warganegara Tanah Melayu.
Hujan lebat yang turun sejak 3 pagi menyukarkan pergerakan dan sehingga 6.30 pagi, stadium masih belum dipenuhi oleh pengunjung. Ini menyebabkan upacara telah ditangguhkan selama sejam dan pengumuman majlis bermula kedengaran bukan pada pukul tujuh seperti yang dijangka tetapi pada pukul lapan. 2,000 orang tentera Persekutuan menumpang di sekolah-sekolah berhampiran stadium sebelum itu berarak dalam hujan dan tujuh batalion yang membuat perarakan ketika itu iaitu Rejimen Persekutuan, Skuadron Isyarat, Skuadron Jurutera, Tentera Laut Diraja Tanah Melayu, Tentera Laut Simpanan Diraja Tanah Melayu dan Askar Sivil Persekutuan.
Pada pukul 8, para media telah diberi pengumuman untuk bersedia dan semua peralatan kamera dan media ketika itu dipasang dengan perlindungan plastik atau pelapik kalis air lain di sekitar padang yang lembap. Kebetulan, hujan reda yang memungkin segala persiapan sebelum upacara bermula dapat dijalankan dengan mudah. Pengunjung bertambah ramai untuk menyaksikan upacara bersejarah ini.
Antara kumpulan pengunjung yang tiba di stadium adalah Kadet, Pengakap Laut (dengan pakaian putih, topi putih dan seluar pendek berwarna biru), Pandu Puteri (berpakaian biru muda), Pengakap (dengan kain skaf, berwarna merah dan emas, merah dan hitam, merah dan biru, merah dan putih), Pasukan Briged St. John's Ambulance dan Palang Merah British turut mengambil tempat di sisi stadium manakala kumpulan pancaragam dan pengawal kehormat berada di susur terowong masuk.

Kemudian, tetamu-temamu kehormat mula tiba Lord Chancellor dari England berpakaian yang sama seperti ketika dia menjadi hakim Mahkamah Tinggi Persekutuan. Pemangku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan merupakan Raja Melayu yang pertama berangkat tiba diikuti Tengku Mahkota Johor (dalam pakaian uniform tentera baginda) yang menggantikan Sultan Johor, Sultan Perak (berpakaian berwarna krim), Sultan Terengganu (berpakaian emas bersama merah gelap dan hijau), Sultan Kelantan (berpakaian emas pucat), Sultan Kedah (berpakaian biru dan perak) Raja Perlis (berpakaian emas), Sultan Pahang (berwarna merah senduduk dan dan perak) serta yang akhir sekali, baginda Yang di-Pertuan Agong yang berpakaian perang serta memakai keris yang baru. Setiap daripada baginda diiringi bunyi nafiri dan berdiri di bawah payung kuning keemasan sambil Yang di-Pertuan Agong berjalan ke tempat duduk baginda. Pengunjung stadium masih lagi berdiri apabila Duke of Gloucester masuk sambil diiringi Sir Donald MacGillivray. Dengan ketibaan semua tetamu diraja, upacara Pengisytiharan dimulakan.
Adikung Duke membawa watikah perlembagaan yang menyatakan pengunduran daripada perlindungan British terhadap negeri-negeri Melayu dan kedaulatan terhadap Pulau Pinang dan Melaka. Raja-raja Melayu mula melangkah ke pentas dan Duke mengambil tempat di depan pentas sambil menerima hormat diraja sambil diiringi oleh Sir Donald MacGillivray. Ketika itu merupakan kali terakhir satu-satu upacara negara menyanyikan lagi kebangsaan British di Persekutuan Tanah Melayu. Kemudian, baginda Duke membacakan perutusan daripada baginda Ratu Elizabeth II akan pernyataan baginda yang mengalukan kemasukan Persekutuan ke dalam Komanwel dan mendoakan kejayaan negara ini.

Kemudian, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman bangun dari tempat duduknya dan menerima watikah perlembagaan sebagai lambang penyerahan kuasa pemerintahan sepenuhnya kepada Persekutuan Tanah Melayu. Duke mengambil tempat duduk dan Tunku mulakan ucapannya dalam bahasa Inggeris. Setelah Tunku mengucapkan penghargaan kepada Great Britain atas pertolongan untuk mencapai kemerdekaan, beliau mula membaca teks "Pemasyhuran Kemerdekaan".

Pengisytiharan itu disambut dengan laungan "MERDEKA" sebanyak 7 kali sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama di hadapan 20 ribu rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan Raja-rajanya serta perwakilan dari 30 negara-negara Komanwel dan negara-negara asing lainnya. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dengan iringan Lagu Kebangsaan Negaraku yang buat pertama kalinya diperdengarkan secara rasmi dalam sebuah negara baru. Diikuti pula selepas itu dengan seruan azan oleh tokoh agama Islam iaitu Datuk Hassan Azhari sebagai simbolik lahirnya sebuah negara baru dimana Islam, merupakan agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu dan tembakan meriam seratus satu das.

Dengan bunyi nobat nafiri, Yang di-Pertuan Agong diiringi oleh Duke of Gloucester, berangkat pergi dari pentas diikuti pemerintah Melayu yang lain, Perdana Menteri dan Sir Donald MacGillivray. Kemudian, Doa Selamat dibacakan bagi memohon keberkatan dan keredhaan Allah terhadap sebuah negara yang baru dilahirkan

Dengan pengisytiharan itu, maka berakhirlah penjajahan Inggeris dan kuasa Baginda Ratu Elizabeth II ke atas Persekutuan Tanah Melayu termasuk Pulau Pinang dan Melaka iaitu sejak lebih 170 tahun. Pada hari itu juga Pesuruhjaya Tinggi British yang terakhir di Persekutuan Tanah Melayu, Sir Donald MacGillivray dan isterinya telah meninggalkan negara ini dan pulang ke England.

PENGAJARAN:-

Hayatilah setiap apa yang telah dilakukan oleh semua tokoh negara kerana merekalah kita hidup dalam aman damai serta makmur di bumi MALAYSIA.


Hari Raya Aidiladha


Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari ini dipanggil  Hari Tasyrik.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s dalam memenuhi perintah Allah SWT.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.
Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid.
Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Makkah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian bersih dan ceria dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.

Kebanggaan Malaysia...

MENARA BERKEMBAR PETRONAS (KLCC)

-Menara Berkembar Petronas menjadi kebanggaan rakyat Malaysia-

 

Menara Berkembar Petronas yang direka oleh jurubina  César Pelli dari Argentina ini. Siap dibina pada tahun 1998 setelah menelan masa tujuh tahun sehingga menjadi bangunan tertinggi di dunia sewaktu disiapkan. Menara Berkembar Petronas memegang gelaran bangunan tertinggi dari tahun 1998 hingga 2004. Menara tertinggi di dunia dan juga merupakan bangunan tertinggi pada abad ke-20. Kedalaman batuan dasar menjadikan bangunan ini dibina pada tapak yang paling dalam di dunia. Kontraktornya pula tela dihasilkan oleh Hazama Corp.- Jepun (Menara 1) dan Samsung C&T- Korea Selatan (Menara 2). Menara 1 telah dimiliki sepenuhnya oleh PETRONAS manakala menara kedua telah dimiliki oleh syarikat-syarikat lain.




LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (KLIA)


-Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada waktu senja-


Sebagai rumah yang ingin menjemput tetamu, rumah itu mestilah cantik dan moden. Samalah dengan ini, KLIA telah dibina oleh idea Perdana Menteri 4, Tun Dr. Mahathir Mohamad. KLIA terletak di Sepang yang jaraknya 50 kilometer daripada Kuala Lumpur. Kos untuk membina KLIA ini bernilai AS$ 3.5 bilion. KLIA juga adalah hub utama bagi Malaysian Airline, MASKargo, AirAsia, serta AirAsia X. Lapangan terbang ini mempunyai slogan iaitu "Membawa Dunia Ke Malaysia Dan Malaysia Ke Dunia" (Bringing the World to Malaysia and Malaysia to the World). pProjek ini mula dibina pada tahun 1990. Dengan tenaga 25,000 orang buruh bekerja 24 jam sehari, lapangan terbang ini telah siap dibina selama empat setengah tahun. Pada tahun 2007, KLIA telah dianugerahkan sebagai lapangan terbang terbaik bagi kategori 15-25 juta penumpang dan tempat ketiga bagi lapangan terbang terbaik di Asia Pasifik dan Dunia. Anugerah ini disampaikan oleh Airports Council International Airport Service Quality (ACI-ASQ). Lapangan terbang ini mempunyai 46 pintu jejantas aero, dua landasan tercanggih dan 106 stesen kapal terbang berbanding Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah yang mempunyai hanya 14 jejantas aero dan 44 stesen kapal terbang.