Sabtu, 19 Oktober 2013

Resort World Genting Highland, Malaysia

-Hotel terbesar dunia, First World Plaza-
Lim Goh Tong merupakan pengasas kepada Genting Berhad yang bertanggungjawab dalam kerja-kerja penerokaan Gunung Ulu Kali menjadi sebuah pusat pelancongan yang dikenali sebagai Genting Highland sekarang.

Apa yang terdapat di Genting ialah, City of Entertainment, terletak di puncak yang tinggi, berangin dan sungguh menyejukkan. Salah satu tarikan utama di Genting Highlands ialah cuacanya yang sejuk dan nyaman. Disebabkan ketinggian 2,000m, warga Malaysia gemar datang ke sini semata-mata untuk menikmati cuaca seperti di Eropah.

Pada waktu petang, persembahan-persembahan hebat diadakan di Genting International Showroom atau Pavilion, sama ada pertunjukan silap mata atau pun persembahan luncur ais. Terdapat juga peluang untuk pergi membeli-belah di First World Plaza, termasuklah melawat taman tema serta menjamu selera di restoran-restoran yang terdapat di sini.

Di First World Plaza, terdapat taman tema indoor dan kompleks membeli-belah yang menyediakan pelbagai permainan menarik yang menghiburkan dan enam taman tema yang dinamakan sempena nama ibukota dan tempat terkenal di seluruh dunia antaranya ialah - France (Champs Elysees), England (London), Italy (Venice), America (Times Square and Universal Walk), Switzerland (Swiss Alps) dan Malaysia (Genting Walk).

Snow World pula menampilkan sebuah rumah kabin kayu, sebuah iglu, permainan luncur ais dan kawasan permainan yang bersalji. Keadaan di sini sangat sejuk, jadi jangan lupa untuk memakai pakaian yang lebih tebal. Kanak-kanak pasti sukakan Rainforest Splash Pool, di mana kolam diisi dengan air suam walaupun udara dan keadaan cuaca di sini agak sejuk.

Antara tarikan lain yang terdapat di sini termasuk Genting Sky Venture, satu-satunya simulator terjunan udara bebas yang terdapat di Asia, dan Genting X-pedition Wall, iaitu tembok panjat berbatu yang mengikut piawai antarabangsa dengan ketinggian 15 meter. Terdapat juga bowling, arked video, panggung wayang dan banyak lagi pilihan aktiviti yang menyeronokan.
Anda mungkin juga meminati salah satu tarikan yang paling popular iaitu kasino, merupakan satu-satunya di Malaysia.


Tiada ulasan: